Assalamualaikum w.b.t & Salam Sejahtera..

Hai semua..

Dalam dunia penulisan novelis Ramlee Awang Murshid mungkin sudah tidak janggal lagi disebut. Sentiasa meniti di bibir semua lapisan masyarakat.  

Penulisannya berunsurkan thriller yang dihasilkan membuatkan kita seperti hidup di dalam penceritaannya. 

Saya adalah salah seorang peminat beliau. Beliau sangat berpengalaman di dalam dunia penulisan & menjadi idola saya yang saya sanjungi dalam bidang ini.

Kali pertama mengenali beliau adalah melalui novel kepunyaian angah. "Bagaikan Puteri" adalah cinta pandang pertama saya. 

Ia mempunyai tarikan tersendiri sehingga saya boleh menamatkan novel tersebut dalam tempoh yang singkat mulai saat itu saya mula mengikuti hasil karya Ramlee Awang Murshid.

* Sebelum ini, novel bukanlah makanan saya. Tetapi sejak mengenali novel beliau. Perasaan untuk membaca terus membuak-buak.
Seperti rasukkan yang tiada henti. 

Mulai saat itu saya terus mengikuti novel-novel karya beliau.


22 novel yang dihasilkan oleh Ramlee Awang Murshid

Berikut adalah koleksi karya beliau yang di ambil dari Alaf 21
 

» Rayyan Fantasi
» Cinta Sufi
» 9 Nyawa
» Mikhail
» Personal Justice
» Hijab Sang Pencinta
» Ungu Karmila
» Cinta Sang Ratu
» Hatiku Di Harajuku
» Bagaikan Puteri
» Rahsia Perindu
» Tombiruo Terakhir
» Tombiruo
» Ranggau
» Mandatori
» Semangat Hutan
» ADAM (Aku Darah Anak Malaysia)
» Satu Janji
» Sutera Bidadari
» Fiksyen 302
» Sunan Musafir
» Aku Bercerita

Mengenai Penulis

Ramlee Awang Murshid
Ramlee Awang Murshid lahir pada 4 November 1967 di daerah Papar, Sabah. Memulakan persekolahan di Sekolah Rendah Kapayan Kota Kinabalu (1974-1979). 

Kemudian menuntut di Sabah College (1980-1984). Sijil Komunikasi Universiti Kebangsaan Malaysia (1999-2000). 


Kini, Ramlee memiliki ijazah B.A (Hons) Communication Universiti Kebangsaan Malaysia.

Bertugas sebagai wartawan penyiaran di RTM Angkasapuri Kuala Lumpur. Dalam dunia penulisan, ramlee juga telah menerima beberapa anugerah

Kejayaan novel PEI PAN yang diiktiraf pemenang kedua Hadiah Sako bagi Novel Nasional 2002 (yang diadakan lima tahun sekali) dianggap kejayaan paling manis. 

Ramlee merupakan penulis pertama dari Sabah yang meraih kemenangan itu. 

Selain itu, novel IGAUAN MAUT (terbitan 1995) merupakan novel pertama pernah memenangi hadiah tempat kedua dalam peraduan menulis novel dewasa anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) negeri Sabah. 

Novel IGAUAN MAUT sekali lagi dipilih memenangi Hadiah Sastera Negeri Sabah 1994/1995 dan Ramlee sekali lagi terpilih sebagai penerima Hadiah Karya Sulung sempena perayaan 25 tahun DBP cawangan Sabah dan anugerah novelis prolifik Alaf 21. 

Sehingga kini, Ramlee telah menghasilkan 22 buah novel. Dalam pendidikan di UKM, Ramlee pernah menerima anugerah pelajar terbaik komunikasi (2000), watikah penghargaan khas (2001) dan pelajar terbaik keseluruhan Pusat Pengajian Media dan Komunikasi UKM (2002). 

Kini, novel terbarunya ialah Aku Bercerita